Pages

1 September 2006

Abd-Al Malik Ibn Quraib Al-Asmai

Abd Al-Malik Ibn Quraib Al-Asmai merupakan salah seorang ilmuwan Islam yang hidup antara tahun 740 - 828. Abd Al-Malik merupakan seorang sastrawan yang membuat sumbangan berharga dalam bidang Zoologi, Botani, dan penjagaan haiwan. Beliau dilahirkan di Basra pada 740. Beliau merupakan seorang yang alim dan pelajar yang baik dalam bidang sastera Arab. Al-Asmai dianggap sebagai ilmuwan Islam pertama yang menyumbang kepada bidang Zoologi, Botani, dan penjagaan hewan.

Tulisannya yang terkenal termasuk Kitab al-Ibil, Kitab al-Khalil, Kitab al-Wuhush, Kitab al-Sha, dan Kitab Khalq al-Insan. Buku terakhirnya tentang anatomi manusia  membuktikan  pengetahuannya yang mendalam dan meluas mengenai bidang tersebut. Al-Asmai meninggal pada 828 C.E.

Minat dalam pembiakan kuda dan unta mendorong kepada hasil kerja ilmiah bersistematik oleh orang Arab seawal abad ke-7. Ketika pemerintahan Khalifah Umayyad, pengkelasan dan sifat hewan dan tumbuhan dikaji dan direkamkan oleh beberapa ilmuwan. Hasil kajian Al-Asmai amat popular dikalangan ilmuwan pada abad ke-9 dan abad ke-10.

 

No comments:

Terima kasih kepada BelajarInggris.Net atas kepercayaannya memilih tulisan saya menjadi salah satu pemenang dalam Lomba Blog 2010.